Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Dan Jasamu Dikenang Kampung Sebandi Ulu
24 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniPada 23 Jun 2019, pihak JKKK Kampung Sebandi Ulu telah mengadakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Dan Jasamu Dikenang Kampung Sebandi Ulu di Dewan Serbaguna Kampung Sebandi Ulu. Program ini telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Asajaya, Encik Rais Bin Ahmat. Turut diundang wakil dari Majlis Perbandaran Kota Samarahan. Program seperti ini diadakan bagi merapatkan jurang diantara pemimpin dengan penduduk kampung tersebut dan juga memberi penghargaan kepada bekas ahli JKKK. Tidak ketinggalan, PI Sebandi Ulu turut dijemput program tersebut untuk bersama-sama meraikan majlis tersebut.
Pihak JKKK juga telah memberikan penghargaan kepada PI Sebandi Ulu kerana komited dalam menjayakan program bersama dengan JKKK. Penghargaan berupa sehelai sijil dan sebuah plug. Kami amat berbangga kerana mendapat penghargaan daripada pihak JKKK. Diharap hubungan dengan kerjasama yang dibina selama ini berkekalan hingga seterusnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: